Pembentukan terra

Terraforming (daripada perkataan Bahasa Latin: Terra "Bumi dan kata kerja Bahasa Inggeris: form "membentuk" - "membentuk menjadi bumi") ialah suatu konsep kerekayasaan di mana adanya kebarangkalian bahawa atmosfera, suhu, topografi permukaan ataupun ekologi sesebuah planet, satelit semulajadi atau sebarang jasad angkasaboleh diubah dan diolah menyerupai sekitaran Bumi yang membolehkan ia dihuni hidupan Bumi.Konsep pengubahan persekitaran ini telah lama wujud dalam cereka sains serta teori sains, namun ia tidak dapat diungkapkan dengan tepatnya sehingga tahun 1940-an; istilah "terraforming" dicipta Jack Williamson dalam suatu cerita pendek berjudul "Collision Orbit" dalam majalah Astounding Science Fiction pada tahun 1942.[1]